TEMPAT MENARIK DI MUADZAM SHAH.
Di muadzam shah pahang banyak tempat menarik,tapi ada satu tempat yang agak cantik dan tempat untuk menghilangkan tekanan,tempat yang paling popular di muadzam shah ialah Tasik Biru Bukit Ibam di Muadzam shah.
SEJARAH AWAL
Bermula pada tahun 1940an,Dari cerita dua sahabat, iaitu seorang asli suku semelai bernama LEMAN menjumpai seketul batu yang luar biasa, lalu Leman membawa batu tersebut ke Kuala Rompin dengan bersampan dari kampung Pasir Aur (sekarang Kg Aur) dan berjumpa dengan sahabatnya Sidek, seorang peniaga rotan dan damar yang sentiasa berurusan dengan beliau.
Kemudian, mereka membawa batu tersebut berjumpa dengan pengurus syarikat EASTERN MINING & METAL.CO. (EMMCO) di Bukir Besi, dungun Terengganu. Ringkasnya,- Pada tanggal 12 Jun 1957, pajakan galian diluluskan oleh kerajaan negeri Pahang kepada Syarikat EMMCO, selanjutnya, tertubuhlah sebuah anak syarikat bernama- ROMPIN MINING COMPANY (ROMPIN CO.) untuk mengyusahakan lombong tersebut.
BUKIT IBAM
Adalah satu nama baru berdasarkan peta MALAYA yang dikeluarkan dalam tahun 1951, nama BUKIT IBAM masih belum tercatat lagi. Mengikut, GSCLLOW - Bekerja sebagai Electrical Suprintendent Syarikat Rompin co. Beliau menyatakan pengertian I.B.A.M - ringkasan huruf nama yang diambil daripda tajuk sebuah buku. iaitu, "I BOUGHT A MOUNTAIN" yang dibaca oleh M.FITTBURG, seorang jurutera ukur syarikat itu.
Pada tahun 1964, semasa beliau (M.FITTBURG) menjalankan kerja ukur landasan keretapi laluan Tg.Tengku (sekarang KG.Pantai Bernas),Kuala Rompin ke Bukit Ibam daripadanya lah terbit nama- Bukit Ibam. Selepas Kejayaan beliau bersama pekerja-pekerja membuat pengukuran laluan landasan sehungga ke tapak lombong (tasik biru sekarang).Lalu bertanya kepada salah seorang pekerja (mandor), beliau fasih berbahasa melayu " Apa nama bukit ini ? " satu pertanyaan yang sukar dijawab.
Akhirnya,beliau menyatakan nama bukit ini, diambil dari ringkasan buku yang dibacanya... "I BOUGHT A MOUNTAIN" ( I.B.A.M). Selain itu, ada juga mengatakan nama BUKIT IBAM merupakan singkatan dari bahan hasil bumi yang terdapat dalam kawah lombong ini, iaitu-"... IRON,BOKSIDE.ALUMINIUM,MAGNESIUM... disingkatkan -I.B.A.M. Terpahatlah sejarah BUKIT IBAM kini & selamanya... Sekian.
Dikatakan oleh saintis yang mengkaji kawasan tasik biru ini, mendapati puca iar tasik ini menjadi biru kerana kehadiran sebatian calcium carbonate (CaCO3). (CaCO3) biasanya hadir dari batu kapur, tidak hairan jika adanya batu kapur di kawasan ini. Kuari ini dahulunya adalah lombong bijih timah dan sumber mineral lain seperti bauksit maka dengan tercampurnya segala elemen, terhasilnya keindahan semulajadi.
Di Tasik Biru ini dilarang untuk mandi dan memancing kerana tiada sebarang makhluk hidup yang mampu bernafas didalam tasik tersebut.
Alamat dan lokasi Bukit Ibam dan Tasik Biru
Alamat Bukit Ibam : Bukit Ibam
26700 Muadzam Shah, Pahang
Alamat Tasik Biru: Tasik Biru Bukit Ibam Muadzam Shah Rompin
Gambar Bukit Ibam dan Tasik Biru
Gambar papan tanda Bukit Ibam :
LINK UNTUK MELIHAT VIDEO PERJALANAN KE TASIK BIRU BUKIT IBAM ;
No comments:
Post a Comment